Pengembangan rangkaian Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)

Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) bergantung pada dua laluan utamanya iaitu Laluan Utara Selatan dan Timur Barat untuk lebih daripada satu dasawarsa sehinggalah pembukaan Laluan Timur Laut pada 2003. Sedangkan rancangan untuk laluan–laluan tersebut mahupun yang sedang dalam pembinaan, telah dirumuskan jauh sebelumnya, penerbitan kertas putih Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bertajuk "A World Class Land Transport System" (Sistem Pengangkutan Darat Berkelas Dunia) pada 1996 membangkitkan niat pemerintah untuk memperluaskan sistem sedia ada.[2][100] Pengembangan yang dirancang dari 67 kilometer pada 1995 kepada 360 pada 2030.[2] Adalah dijangka perjalanan harian pada 2030 akan tumbuh kepada 6 juta daripada 1.4 juta penumpang ketika itu.[101]

Berikut adalah jadual senarai laluan dan stesen MRT yang sedang dalam pengujian, pembinaan atau dalam tahap perancangan:

Nama dan warnaDibuka padaDiantara stesenBilangan stesenPanjang (km)DepotPengendali
Dalam pembinaan
Utara Selatan2019Canberra1[102]0[nota 4]Depot Bishan
Depot Ulu Pandan
SMRT Trains
Thomson–
Pantai Timur
2019 (Tahap 1)
2020 (Tahap 2)
2021 (Tahap 3)
2023 (Tahap 4)
2024 (Tahap 5)
2025 (stesen Peringatan Pengasas)
Woodlands North
Springleaf
Mount Pleasant
Tanjong Rhu
Bedok South
Woodlands South
Caldecott
Taman di Persisiran
Bayshore
Sungei Bedok
32[103]43[103]Depot Mandai
Depot Bersepadu Pantai Timur
(akan datang)
Timur Laut2023 (NELe)Punggol Coast1[104]1.6[104]Depot SengkangSBS Transit
Downtown
(Pusat Bandar)
2024 (DTL3e)XilinSungei Bedok2[18]2.2[18]Depot Gali Batu
Depot Pantai Timur
Circle
(Lingkaran)
2025 (Tahap 6)KeppelPrince Edward3[105]4[105]Depot Kim ChuanSMRT Trains
Dalam perancangan
Downtown2025Hume1[106]0[nota 4]Depot Gali Batu
Depot Bersepadu Pantai Timur
(akan datang)
SBS Transit
Daerah Jurong2026 (Tahap 1)
2027 (Tahap 2)
2028 (Tahap 3)
Choa Chu Kang
Tengah
Peng Kang Hill
Boon Lay
Tawas
Pandan Reservoir
Jurong Pier
24[107]24[107]Depot Tengah
Rentas Pulau2029 (Tahap 1)Bright HillAviation Park12 (Tahap 1)[108]50[108]Depot Changi Timur

Laluan Downtown tahap 3e

Rangkaian Sistem Pengangkutan Gerak Cepat pada 2017.
Sejarah rangkaian MRT dari 1983 hingga 2024, termasuklah laluan–laluan akan datang.
Peta laluan kereta api Johor Bahru–Singapura, yang akan menghubungkan dengan rangkaian rel Malaysia.
Rencana utama: Laluan MRT Downtown

Laluan Downtown merupakan laluan kereta api bawah tanah sepanjang 42 kilometer (26 mi) dengan 36 stesen[18] di mana ia menghubungkan kawasan barat lau dan timur Singapura ke kawasan pusat bandar di selatan dan ke daerah pusat perniagaan (CBD).[109] Dua tahap laluan ini telah disiapkan pada 22 Disember 2013 dan 27 Disember 2015 masing-masing. Tahap 1 bermula dari Bugis ke Chinatown manakala tahap 2 pula bermula dari Bukit Panjang ke Rochor.[110] Tahap 3 dari Fort Canning ke Expo akan memulakan operasi pada 21 Oktober 2017.[111][112][113][114][115][116]

Lanjutan laluan Downtown tahap 3 (DTL3e) akan beroperasi dari Expo melalui Xilin ke Sungai Bedok, yang merupakan stesen pertukaran untuk ke Laluan Thomson–Pantai Timur.[44] Ia dijangka siap pada tahun 2024 dengan panjang laluannya adalah 2.2 kilometer (1.4 mi).

Laluan Thomson–Pantai Timur

Dengan kepanjangan 43 kilometer (27 mi) dan terdiri daripada 31 stesen, Laluan Thomson–Pantai Timur akan menghubungkan kawasan utara Singapura ke selatan,[103] berjalan sehala dengan Laluan Utara Selatan yang sedia ada dan melewati Woodlands, Sin Ming, Upper Thomson dan Teluk Marina[117] sebelum membelok ke timur dan melalui Tanjong Rhu, Singlap, Marine Parade dan Bedok.[44] Laluan ini akan memulakan operasi dalam lima tahap, dengan tiga tahap pertama bermula dari Woodlands North ke Taman di Persisiran akan siap pada 2019 sehingga 2021.[118] Tahap 4 dari Tanjong Rhu ke Bayshore akan beroperasi pada 2023 manakala tahap 5 pula pada tahun 2024, bermula dari Bedok South ke Sungei Bedok.[44]

Terminal utara di Woodlands North dijangka akan menjadi stesen pertukaran dengan laluan kereta api Johor Bahru–Singapura di Bukit Chagar bagi menyediakan capaian ke bandar raya Johor Bahru, Malaysia dan Sistem Transit Laju Johor Bahru pada masa akan datang.[119][120]

Laluan Circle tahap 6

Akan diselesaikan pada tahun 2025, lanjutan laluan sepanjang 4 kilometer (2.5 mi) akan berjalan dari Teluk Marina melalui Keppel dan berakhir di HarbourFront.[104] Pada 29 Oktober 2015, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan lokasi tiga stesen untuk lanjutan ini iaitu Keppel, Cantonment dan Prince Edward.

Lanjutan Laluan Timur Laut

Pada 7 Jun 2017, Menteri Kedua bagi Pengangkutan Encik Ng Chee Meng mengumumkan bahawa lanjutan Laluan Timur Laut akan dibuka pada 2023, beberapa tahun lebih awal daripada tarikh asal iaitu pada 2030. Nama stesen bagi lanjutan ini akan dipanggil buat sementara waktu sebagai Punggol Coast.[121] Lanjutan sepanjang 2 kilometer (1.2 mi) ini akan berjalan dari Punggol melalui Punggol North termasuklah pusat bandar Punggol yang baru, di mana ia akan memberi capaian kereta api kepada penduduk Punggol North untuk ke pusat bandar raya dan kawasan lain di Singapura.[122]

Laluan Daerah Jurong

Pada awalnya dirancang sebagai laluan Sistem Rel Ringan pada 2001, Laluan Daerah Jurong kemudiannya dinaik taraf kepada laluan bermuatan sederhana selepas projek ini disemak semula pada 2013. Konfigurasi baru ini akan memberi khidmat ke kawasan Pantai Barat, Tengah, Choa Chu Kang dan Jurong. Butiran projek akan diumumkan selepas pembangunan Bandar Baru Tengah meningkat dan laluan ini dijangka siap pada 2025.[104]

Laluan Rentas Pulau

Laluan Rentas Pulau sepanjang 50 kilometer (31 mi) akan merentangi pulau Singapura, melewati Tuas, Jurong, Sin Ming, Ang Mo Kio, Hougang, Punggol, Pasir Ris dan Changi. Penambahan laluan ini akan menjadi alternatif baru bagi perjalanan timur–barat Singapura selain daripada laluan Timur Barat yang sedia ada. Laluan ini mempunyai jangka waktu yang lebih panjang disebabkan oleh aspek kajian sekitaran dan ia dijangka siap untuk beroperasi pada 2030.[104]

Pihak LTA juga telah menunjukkan minat dalam mengguna pakai khidmat ekspres untuk laluan Rentas Pulau pada masa akan datang selain daripada khidmat kereta api biasa. Khidmat ekspres ini akan memberi manfaat kepada pelanggan ketika waktu puncak kerana kereta api hanya akan berhenti di beberapa stesen dan melangkau stesen–stesen lain dan oleh itu ia dapat menjimatkan masa perjalanan.[123]

Rujukan

WikiPedia: Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura) http://www.alstom.com/press-centre/2012/2/alstom-t... http://itunes.apple.com/sg/app/mytransport-singapo... http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapor... http://news.asiaone.com/News/The+New+Paper/Story/A... http://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapore... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembinaa... http://www.bootsnall.com/articles/11-11/15-of-the-... http://www.channelnewsasia.com/cna/obituaries/ongt... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/down... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/govt...